Perlumbaan Anjing Tarikan Jejak Iditarod
Perlumbaan Anjing Tarikan Jejak Iditarod

Perlumbaan Anjing Tarikan Jejak Iditarod

Perlumbaan Anjing Tarikan Jejak Iditarod (Bahasa Inggeris: Iditarod Trail Sled Dog Race) ialah suatu perlumbaan anjing tarikan jarak jauh tahunan yang dijalankan pada awal Mac dari Anchorage ke Nome. Musher dan sepasukan 16 ekor anjing, yang daripadanya sekurang-kurangnya 6 ekor mesti berbaris tunda di garisan penamat, melitupi jaraknya dalam 9–15 hari atau lebih.[1] Iditarod bermula pada 1973 sebagai acara untuk menguji musher dan pasukan anjing tarikan terbaik tetapi berubah ansur menjadi perlumbaan pertandingan sengit kini. Catatan masa menang terpantas diset pada 2014 oleh Dallas Seavey dengan masa 8 hari, 13 jam, 4 minit, dan 19 saat.[2] Setakat 2012, Dallas Seavey juga merupakan musher termuda untuk memenangi perlumbaan ini pada umur 25 tahun, sementara setakat 2013, pada umur 53, Mitch Seavey merupakan orang tertua yang pernah memenangi perlumbaan ini.